Friday, February 22, 2008

Kugiran Berdansa

Date : 14 Mayday 2005
Day : Suturday
Place : Paul's Place
Time : 2 pm but 4.30 pm - 930 pm

Ini adalah kali pertama aku hadiri gig yang keseluruhan menampilkan kesemua band punk/hardcore. Gig yang bernama Rocking Pneumonia
And The Punk Rock Flu ini persembahkan band - band seperti Kuchalana
Freglye, Penyangak, Anabella Rose, Relationsheep, Nostalgia, PlagueOf Happiness dan The Devil Dolls. Persembahan dimulakan oleh Devil Dolls
Band yang dianggotai oleh tiga orang gadis ini mengenakan sentuhan 'makeup' ala punk dengan dua orang mengayakan nala mohawk bersama dengan drummer lelaki yang turut sama mengayakannya. Secara keseluruhan band ini pandai mengambil hati penonton dengan coleteh mereka dan juga bonus untuk lelaki pada hari itu kerana gadis gadis devil dolls sungguh comel dan seksi sekali hehehe. Band kedua tampil, band yang dinamakan Anabella Rose dari Kluang. Satu lagu berhantu menyebabkan crowd sing along. Sejurus nama Penyangak di umumkan para crowd bersorak gembira. Band yang menyanyikan dalam bahasa ibunda ini mendapat warm support daripada crowd yang turut pogo dan slam bersama sama. Masa ini crowd memenuhi diatas pentas menyebabkan pentas menjadi sesak. Kelihatan juga kelibat Joe Kidd berada di atas pentas bersama dengan kameranya. Selepas band ini, Nostalgia mengambil alih band yang memperjuangkan diy punk yang juga merupakan band sXe tepu. Persembahan Relationsheep biasa sahaja, tiada beza antara band band sebelum ini membuat persembahan.Band Perak dari Taiping iaitu Freygyle berakasi. Band yang dibawah naungan Knots Records ini membawa irama punk rock yang catchy yang sungguh mendamaikan selepas penat mendengar music punk/hardcore. Frygyle telah membawa satu lagu cover daripada band Ramones. Band kedua terakihr yang juga band 'hightlight' antara band list lain iaitu Plague Of Happiness. Band yang membawa irama punkska ini mengajak crowd berskakin bersama. Band yang banyak dan hebat mendapat warm support dari crowd dengan penuh sekali lautan manusia di mosh pit. Skakin sampai siang.hehe. Kuchalana mengakhiri gig ini dengan lagu pembuka yang bertenaga. Semasa penghujung lagu pertama satu ensiden telah berlaku dimana crowd yang berada dihadapan terbatuk batuk dan ada juga yang sesak nafas (termasuk aku) menyebabkan gig ini terhenti seketika. Menurut MC hari itu satu serbuk (tak tahu serbuk ape) telah disebarkan dihadapan pentas. Mungkin ada individu yang ingin mensabatoj gig ini. Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Gig ini selesai tanpa ganguan dari pihak 'authority'
Satu gig yang berjaya menghimpunkan para para punkers berkumpul. Sekian sahaja. Adios Kompress Orale.

No comments: