Friday, February 22, 2008

Old Skool Gig Review...

Intro / Mukadimah

Asalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman. Di sini saya ingin menceritakan tentang suasana yang berlaku di scene Ipoh, khususnya gig yang telah banyak diadakan, walaupun hanya sebuah mini gig (bilalah ingin hadirnya gig2 yang besar dan happening.), diharapkan apabila melangkah pada tahun 2003, akan adalah sebuah gig yang besar dapat diadakan di sini. Berbalik kita pada tajuk asal. Mari ikuti review gig yang telah saya buat di bawah ini. ENJOY reading and have Fun.


LOVE, PEACE,
E


Pada 21 Disember 2002 lalu, saya telah berkesempatan untuk pergi ke sebuah gig yang dinamakan Betty La Fea gig. Gig ini telah di organized oleh Bodysurf Music. Majestic Pub merupakan tempat di mana gig ini berlangsung. Sebelum ini Bodysurf juga pernah mengadakan beberapa gig ditempat yang sama, contohnya Shin Chan gig pada 3 November yang lalu dan yang paling terbaru sekali ialah New Year gig. Gig Shin Chan nie telah menghimpunkan band² terbaik Perak contohnya, Muck (da old-timer) Bloodymary (da last show before they split) Boneless Mahoney, Scandel 26 dan juga tak ketinggalan band ska/punk iaitu Toxin 99, bagi gig New Year pulak band² yang ada best-best belaka dan mempunyai nama besar (terkenal la tu..) contohnya band yang datangnya dari Cyberjaya, lain dan tak bukan Sargeant Weener Arms!!... band dari Perlis iaitu Flossy dan yang lain-lain terdiri daripada band² sekitar Perak seperti Muck, Boneless Mahoney, 4 Elm Kids, GoldFish dan FreeLove (two members from ex Bloodymary). End about Shin Chan gig and New Year gig. Beralih kita pada Betty La Fea gig,,,masa sampai ditempat gig itu berlangsung, orang ramai masih lagi menunggu di luar, dan gig ini telah bermula pada pukul tiga petang, lewat sejam, biasalah tu. Pada pukul tiga suku tiket sudah pun dijual kepada crowd dan harga tiket hari itu di jual pada harga yang berpatutan dengan harga sepuluh ringgit sahaja. Kehadiran penonton pada hari itu agak memuaskan, rasa-rasanya di bawah seratus orang memenuhi pub yang kecil itu. Terdapat enam buah band beraksi pada gig ini dan sebuah band untuk pembukaan. Band opening act pada hari itu adalah band dari Batu Gajah. Mereka menamakan diri mereka sebagai Bugstar. Band yang berkonsepkan poppunk ini, telah membawa 3 buah lagu. Mereka memulakan persembahan dengan membawa lagu cover daripada New Found Glory yang bertajuk ‘ My Friend Over You ’ dan selebihnya lagu terbaru daripada mereka sendiri yang dengar cerita nak dimuatkan dalam album kompilasi yang dibuat oleh rakan mereka. Band pertama yang di beri penghormatan untuk memulakan dan seterusnya membuka tirai gig pada hari itu ialah Scarlet Gallery. Band ini tiada kaitan langsung dengan Scarlet Ortiz mahupun sedara maranye .Scarlet gallery adalah sebuah band dari Perlis yang memperjuangkan muzik retro rock/ funk yang mana ia adalah band projek diantara line-up band Flossy. Permainan mereka pada hari itu sungguh bagus sekali, paling layan masa part gitar solo yang menarik dan tersusun, membuat para crowd terpegun melihat gitaris band ini memetik gitarnya. Sungguh berharmoni dan mendamaikan jiwa. Habis cerita pasal Scalet Gallery. Kemudian band Live In Avenue mengambil alih di atas pentas. Band yang berasal dari Taiping ini, bermain stail muzik hc/punk. Muzik bawaan mereka telah berjaya membuat para crowd bangun dan tak diam diri dengan pogo dan slam. Vokalis LIA sangat agresif besertakan suara yang mantap. Band seterusnya ialah Shizuka. Shizuka yang terkenal pada tika dulu dengan lagu Redline 95, tidak membawa lagu itu kerana band ini tertumpu pada lagu baru dan juga lagu daripada split ep mereka bersama band H.A.S. Kini tibalah masa yang saya nantikan, band yang datangnya dari Simpang Pulai yang terdiri daripada empat orang jejaka kacak {Ahaks} mengelarkan diri mereka sebagai Flicka. Band ini telah membawa sebanyak lima buah lagu. Lagu pertama mereka yang berjudul ‘ Trial Of Dream ’, mempunyai rentak yang laju dan ia telah dijadikan favourite song untuk saya. Lagu kedua berubah kepada slow dan merupakan sebuah lagu cover daripada The Posies ‘ Please Return It ’ yang dituju khas kepada Bloodymary. Lagu terakhir yang bertajuk ‘ Broken Dairy ’ mempunyai makna tersendiri atau mugkin ada maksud yang tersirat disebaliknya kerana vokalis selaku gitaris band ini telah menyanyi dengan penuh perasaan dan emosi sekali, barangkali ianya ada menyentuh tentang dirinya kot, entahlah, apa-apa hal lagu ini memang best dan mempunyai kekuatan yang tersendiri (lagu yang paling emo!..). Pada masa yang sama sempat juga vokalis ini mengeluarkan pemutar skru ?? daripada poket seluarnya, bukannya untuk memutar sesuatu, tetapi ia digeselkan pada tali gitar untuk dapat sound noise bagi mengakhiri lagu itu. Bagus sekali showmanship yang ditunjukkan, harap nanti dapatlah difikir benda apa lagi yang nak digesel ye, hehehe .Selepas Flicka, Harmacy meneruskan persembahan dengan band yang berpegang kuat kepada music indierock. Tiada apa yang nak dicakap tentang band ini kerana mereka bermain sungguh bagus dan cool sekali. Band yang terakhir dan juga merasmi penutupan tirai gig ini ialah Elisebelle Tears. Band yang bermain muzik emorock ini mempunyai vokalis serta bassist yang sungguh bertenaga sekali apabila membuat persembahan dengan aksi lompat melompat mereka (band yang seringkali havoc bila di atas pentas). Pada masa yang sama, penonton join sekali dengan tidak melepaskan peluang untuk mosh dan slam, dan pada waktu inilah banyak aksi crowd surfing dapat di lihat (huh!) dan ada sorang budak tuh (budak mana entah) yang tengah asyik berpohgo tak ingat dunia telah merampas mic dari vox ET dan telah mengambil alih pentas dengan menyanyikan lagu Siti Nurhaliza - Aku Cinta Padamu dengan penuh perasaan sekali...keadaan menjadi seperti biasa apabila budak itu memberi mic tersebut kepada vox terbabit (eheheheheh memain jerk..) . Pada hari itu para crowd sungguh enjoy bersama band ini, band yang tidak seharusnya kita lepaskan seperti sistem bunyi yang tiada masalah, dan ia perlu diteruskan dari masa ke semasa.untuk aktiviti mengeluarkan peluh, hehehe. Lagu ‘ Karma ’ daripada kumpulan Cokelat menutup persembahan Elisebelle Tears dengan menjemput seorang penyanyi undangan mereka untuk menyanyi bersama. Layan juga lagu Cokelat nie. Akhir sekali, terima kasih kepada BodysurfMusic kerana telah banyak membuat gig, tak la sanggap gig bila duduk kat Ipoh nie. Kesimpulannya, gig ini adalah sebuah gig yang boleh dikatakan berjaya dari segi teknikalnya.

Untuk Aku..

Aku...
Aku termanggu...

melihat desiran ombak yang silih berganti
bisa menghembuskan masalah yang dihadapi
bersama sama angin yang segan silu bertiup kencang
bersertakan alunan suara yang tidak jemu berlagu riang

Aku...
Aku termanggu...

bertemankan bintang bintang
yang bercahaya sungguh girang
menantikan malam menjadi siang

Aku...
Aku terus termanggu...


Kugiran Berdansa

Date : 14 Mayday 2005
Day : Suturday
Place : Paul's Place
Time : 2 pm but 4.30 pm - 930 pm

Ini adalah kali pertama aku hadiri gig yang keseluruhan menampilkan kesemua band punk/hardcore. Gig yang bernama Rocking Pneumonia
And The Punk Rock Flu ini persembahkan band - band seperti Kuchalana
Freglye, Penyangak, Anabella Rose, Relationsheep, Nostalgia, PlagueOf Happiness dan The Devil Dolls. Persembahan dimulakan oleh Devil Dolls
Band yang dianggotai oleh tiga orang gadis ini mengenakan sentuhan 'makeup' ala punk dengan dua orang mengayakan nala mohawk bersama dengan drummer lelaki yang turut sama mengayakannya. Secara keseluruhan band ini pandai mengambil hati penonton dengan coleteh mereka dan juga bonus untuk lelaki pada hari itu kerana gadis gadis devil dolls sungguh comel dan seksi sekali hehehe. Band kedua tampil, band yang dinamakan Anabella Rose dari Kluang. Satu lagu berhantu menyebabkan crowd sing along. Sejurus nama Penyangak di umumkan para crowd bersorak gembira. Band yang menyanyikan dalam bahasa ibunda ini mendapat warm support daripada crowd yang turut pogo dan slam bersama sama. Masa ini crowd memenuhi diatas pentas menyebabkan pentas menjadi sesak. Kelihatan juga kelibat Joe Kidd berada di atas pentas bersama dengan kameranya. Selepas band ini, Nostalgia mengambil alih band yang memperjuangkan diy punk yang juga merupakan band sXe tepu. Persembahan Relationsheep biasa sahaja, tiada beza antara band band sebelum ini membuat persembahan.Band Perak dari Taiping iaitu Freygyle berakasi. Band yang dibawah naungan Knots Records ini membawa irama punk rock yang catchy yang sungguh mendamaikan selepas penat mendengar music punk/hardcore. Frygyle telah membawa satu lagu cover daripada band Ramones. Band kedua terakihr yang juga band 'hightlight' antara band list lain iaitu Plague Of Happiness. Band yang membawa irama punkska ini mengajak crowd berskakin bersama. Band yang banyak dan hebat mendapat warm support dari crowd dengan penuh sekali lautan manusia di mosh pit. Skakin sampai siang.hehe. Kuchalana mengakhiri gig ini dengan lagu pembuka yang bertenaga. Semasa penghujung lagu pertama satu ensiden telah berlaku dimana crowd yang berada dihadapan terbatuk batuk dan ada juga yang sesak nafas (termasuk aku) menyebabkan gig ini terhenti seketika. Menurut MC hari itu satu serbuk (tak tahu serbuk ape) telah disebarkan dihadapan pentas. Mungkin ada individu yang ingin mensabatoj gig ini. Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Gig ini selesai tanpa ganguan dari pihak 'authority'
Satu gig yang berjaya menghimpunkan para para punkers berkumpul. Sekian sahaja. Adios Kompress Orale.

Keindahan Terindah

Setahun sudah masa berlalu,
Banyak perubahan yang telah dilalui berlaku,
Diri aku ini adakah masih seperti dulu,
Hanya tuhan yang lebih tahu.

Belajar itu adalah tuntutan,
Ilmu dijadikan pegangan,
Kenapa Sekarang ilmu itu disalahertikan,
Aku rindu kepada orang yang memperjuangkan perjuangan.

Masa berlalu dan berlalu,
Yang aku dapat hanya satu,
Yang satu itu bisa menenangkan jiwaku,
Satu besar rahmat iaitu dapat secebis mengingatiMU.

Bila masa bumi berputar,
Setiapkali awan bergerak laju,
Aku sejenak berfikir,
Terasa diri ini lemah hina dan daif disisiMU.

Nyatalah diri ini tidak berdaya,
Yang berkuasa hanyalah Dia
Yang Esa hanyalah Dia,
Keindahan sekolah hati amat memuja,
Harapan biarlah kekal selamanya..

Temudugaan

..mengantuk betul...celcom pulak ada masalah...ermm ada orang tu cakap nak teman tapi hampa... :(

malas nak pergi temuduga...nak potong rambut,pakai lengan panjang,tali leher lagi,seluar slack,kasut kilat...cis! aku suke lagi jeans pakai kasut adidas, lengan pendek..tp disebabkan orang tua aku yang mengharap...aku terima untuk tidak menghampakan diorang...aku akan pergi..janjiku..diorang yang nak menemudugaan tu dah sempurna sangat ke nak tnya kat orang lain..kita dibelenggu oleh undang2 yang dibuat oleh manusia sendiri..mari kita langgr undang2!!..

Skandal 26 D'Castle

Memori dan kenangan bersama
Mengamit kehidupan yang sempurna
Bila kenyataan terbina
Hancur musnah segalanya

Permudahkan semua jalan ini
Mengikut kemahuan nafsu akan mati hati
Penyakit sejak azali
Ingatlah bila bersamaNYA diri ini akan menjadi insani

Kenikmatan duniawi menjadi buruan
Kenikmatan yang mengamit memori pengalaman
Kenapa diri ini kecundang ditengah jalan
Biar ia menjadi catitan perjalanan kehidupan

Keindahan bersama menidakan tuhan
Menolak segala tuntutan
Mungkin ini satu ujian
Ya tuhan berikan aku kekuatan

MaSs Syukri-

Kawan

kawan aku dah jadi artist sekrang!!..baru lepas tengok v.clip yg noise tu..ermm hg tetap same dari dulu smpai skrang..xda brubah tang perangai hg..tetap lopeh jer..hehehe..salute hg tang tu...kalo dulu hg ad band n hg men time tu dah lame aku slam sme bpogo...ahahaha aritu jumpa bapak hg saje tnya sal hg, dia jawap hg asyik men musik je skrang nieh..gelak je la..ckp darah muda pck besala..hahaha tauw hg masih mencari dan cari..apa2 hal hg artist ke,lopeh ke,lo-fi ke,hg tetap kawan aku..
weyh logo aku dah siap blum...


Keroje

berkerja dan berusah seperti kamu hidup 1000 tahun lagi...

beribadat sepeti kamu akan mati esok hari...

p/s aku makin jauh...

Aku Saksi

Aku Saksi
Dimataku
Aku Saksi
Penglihatanku
Aku Saksi
Pendengaranku
Aku Saksi
Difikiranku
Aku Saksi
Dimindaku
Aku Saksi
Dihadapanku
Aku Saksi
Disisiku
Aku Saksi
Dijiwaku
Aku Saksi
Dihatiku...

Aku Saksi Semua Itu ialah 'Kamu'
Save Now
P/S : Buat Gadis, Karanku...