Friday, March 18, 2011

Berbulan Madu di Bulan eh Silap di Perhentian ;)


Bismillahirrahman Nirrahim...


Alhamdulilah dapat jugak aku membuat sedikit coretan dari hati ini untuk dikongsikan bersama kepada semua pembaca.Sudah lama aku tidak menulis...Diharap dengan entri terbaru ini, aku dapat energi dan semangat yang baru untuk aku menulis lebih rajin lagi...hehe..Diam tak diam sudah lima bulan aku bergelar suami kepada my beautiful wife Noor Safinas Ghazali...luv u syg..:*alhamdulilah perkahwinan kami smua berjalan dengan lancar.


Walaupun ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan...dikesempatan ini aku dan wife ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada smua yang terlibat menjayakan majlis kami ini semasa di Kedah dan Perak..Kami sangat menghargainya... : ) Terima kasih semua...di sini aku bkn hendak menceritakan tentang perjalanan perkahwinan aku,tapi perjalanan honeymoon aku bersama wife di Terengganu..diharap anda akan terhibur dan mendapat sedikit info didalam cerita ini.. Hepi Reading


HoneyMoon di Perhentian


Dari Simpang Pulai ke Kuala Besut..perjalanan kami bermula pada pkul 8pg(cdang nya hendak pergi lps subuh..maklumla..janji malaya.. hehehe) .kami ikut jalan cameron higlands - Gua Musang untuk pergi ke Kuala Besut.. mengikut survey yang telah aku buat.. ikut Cameron lagi dekat daripada Grik.. (sumber:Tourism Perak dan Tourism Terengganu) ia dapat menjimatkan masa kalau kita dari Kampar dan sekitarnya,tidak perlu ikut jalan Grik itu.. Perjalanan kami trus ke gua musang tiada masalah..


tetapi selepas saja jln ke gua musang jalan kgny yang agak berlubang dan juga pada waktu malam sgt gelap jalan disekitarnya.. pemandu yang mengikut jalan ini harus berhati2..perjalan jalan kg ni sungguh mendamaikan..sempat jugak kami menangkap gambar biri2 tengah bermain..hehehe



Berbiri - biri


Sampai di satu tempat(yang aku lupa namanya)kami singgah di petronas petrol station untuk sembahyang dan membeli keperluan di Perhentian kelak.. setelah selesai semua kami bertolak dan sampai ke sebuah prkampungan yang dinamakan Tok Bali.Kami telah ambil keputusan untuk bermalam disini dahulu sebab last trip bot ke Perhentian sudah terlepas.. kami menginap di Arwana Inn Hotel .Hotel ni sangat bersih dan selasa sebab smua keperluan ada. watercooler,tv,makanan, wireless smua disediakan..kehadiran wireless sgt mengembirakan wife aku (sbb dia mmg kaki fb) boleh update status slalu..hehe tagline aku kat dia 'FB dimana2'hehehe jgn marah ye sygg.. ;)


selepas smua selesai kami bercadang untuk mencari tempat untuk makan..macam biasa kedai pilihan kami adalah kedai siam!..dan kami jumpa ..boleh tahan jugak masakannya..harganya makanan pon sederhana ..selepas makan kami berjalan2 sekitar Tok Bali dan singgah disebuah kedai bundle yang ada baju Sonic Youth, Beck, Alice in Chain dll lagi..tidak dapat nak beli sebab harga terlalu mahal..baju AiC pon dekat 60hengget padahal bajunya dah terkoyak tepinya..jenuh tawar menawar tak dibaginya..mungkin dia tengok aku orang luar..mmg dia x bg kot..x pa la x dak rezeki.. :) selesai jalan kami balik terus ke hotel untuk berehat .

sambung ke next entri... :)~


Santapan Mata Ke Hati Sanubari...



Hotel Arwana Inn

No comments: